Shaklee Natural Supplement

Tuesday, 29 April 2014

DO and DON'T

Berkuatkuasa serta merta:

1) Semua pengedar DIGALAKKAN menjual dengan HARGA RUNCIT. Tidak dibenarkan menjual bawah dari harga ahli walaupun secara terang-terangan atau secara sembunyi (melalui pm).

2) TIDAK BOLEH MENJUAL TRIAL SET. Pada yang membuat trial set, sila hentikan jualan trial set anda serta merta.

3) Tidak boleh beri FREE GIFT pada customer. Jika nak beri juga, tak perlu mention dalam pm jawapan anda. Jadikan ia suprise. Customer hanya tau ada free gift bila dia terima barang sahaja. Free gift yang anda selitkan bukanlah produk Shaklee.

4) Tidak boleh beri FREE POSTAGE. Jika nak beri juga, hanya nyatakan ESP rm 150 termasuk postage. Tak boleh ada perkataan free di sini.

5) Selepas ini customer tidak boleh membeli di branch dengan menggunakan NO ID kita. Setiap ahli akan diminta tunjukkan IC bagi memastikan dia pengedar yang sah. Jika ada customer yang walk in dan ingin beli barang di branch, staff Shaklee akan pastikan dia daftar ahli dulu di bawah ID yang dia bawa, baru dapat nikmati harga ahli.

Sila patuhi semua peraturan di atas.


*********************************************************************************
Kegagalan mematuhi arahan, akan mengakibatkan:

1) KEAHLIAN ANDA DIGANTUNG SEUMUR HIDUP. Maknanya "bye bye Shaklee" bagi kesalahan menjual harga lebih rendah dari harga ahli dan menjual trial set

2) KEAHLIAN DIGANTUNG 1-3 BULAN bagi kesalahan memberi free postage dan free gift.

3) Jika anda didapati menjual di bawah harga runcit, keahlian juga akan digantung beberapa bulan (tidak dinyatakan berapa bulan jumlah sebenar)

*********************************************************************************

Saya harap anda semua dapat mematuhi peraturan baru ni. Lebih 50 pengedar telah digantung keahlian seumur hidup dalam bulan ini sahaja.

Agak mencabar nak menjual pada harga runcit memandangkan kita dah terbiasa jual pada harga ahli.Tetapi pada saya, peraturan ini amat bagus kerana:

1) Kita akan mula mendapat keuntungan runcit, di mana ada duit extra untuk kita buat pusing modal

2) Jika regular customer meminta harga ahli, kita dapat pujuk mereka masuk ahli di dalam kumpulan kita. Dengan ini, kita dah "lock" mereka supaya beli dengan kita je

3) Ahli baru yang tiada modal dapat bersaing dengan sihat, kerana tak ada lagi main harga atau perang free gift dari yang senior

Jadi pandang perubahan ini dari sudut yang positif. InsyaAllah organisasi kita akan lebih berkembang dengan bermulanya persaingan yang sihat selepas ini.

*** Sila pastikan semua downline anda tahu dan alert tentang hal ini. Jika ada yang complaint salah laku anda, dan menghantar bukti print screen, Shaklee akan menggantung keahlian. Tiada rayuan akan dilayan walaupun anda seorang Master.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.