Shaklee Natural Supplement

Tuesday, 29 April 2014

CARA MEMULAKAN BISNES SHAKLEE ANDA

Selamat datang kepada semua ahli yang baru mendaftar... dan yang akan mendaftar.. Kepada ahli lain yang sebelum ni hanya daftar ahli untuk guna sendiri sahaja, anda juga boleh cuba membuat part time income dari rumah dengan Shaklee. Berikut ialah idea asas bagaimana nak mula:

  1. Fikir sejenak siapakah target customer anda. Jika anda rasa anda suka menjual vitamin untuk kecantikkan dan slimming, fokus untuk belajar dan fahami produk tersebut sahaja. Jika anda sukakan produk penyusuan, fahami serba sedikit produk tersebut. Macam saya, target customer saya ialah penyusuan, kecantikkan dan slimming. So terserah pada anda apa yang anda suka..
  2. Antara cara belajar produk dengan cepat, BANYAKKAN MEMBACA. Membaca membuatkan anda lebih cepat pandai dari bertanya. Cara PERTAMA, BACA FILES DI GROUP (bagi mereka yang mendaftar di bawah saya sahaja akan dimasukkan ke dalam group ini), sana ada banyak info penting untuk produk. Tekan button Search di sebelah kanan atas blog, untuk search produk yang anda nak cari. KEDUA - BANYAKKAN MEMBACA BLOG2 OTAI SEBAGAI RUJUKAN, klik kategori produk yang anda nak lihat.KETIGA, GOOGLE APA YANG ANDA NAK TAHU, contohnya: 'produk shaklee untuk awet muda', jadi akan keluar produk yang terbaik. 
  3. Lebih baik jika anda dapat mencuba sendiri produk shaklee jika anda belum pernah cuba. Ambil vitamin asas seperti vita-lea atau cit-C pun dah memadai. Bila dah nampak kesannya, biasa dalam masa seminggu, anda dah boleh mula share dan menjual pada rakan-rakan FB.
  4. Seterusnya, bila dah tau target market, produk yang anda nak jual, ada testimoni sendiri atau orang lain.. hanya SHAREKAN DI WALL FB anda. Contohnya anda cuba ESP, anda boleh buat ayat.. Alhamdulillah, selepas mencuba ESP selama sebulan, kulit saya bertambah cantik, badan pun lebih bertenaga dan kurang selera makan kerana ESP membuatkan saya sentiasa kenyang". Letakkan gambar ESP besar-besar atau boleh juga letak gambar wanita yang berkulit cantik untuk menarik perhatian.
  5. Pastikan anda masukkan TESTIMONI untuk meyakinkan customer untuk membeli. Di mana nak dapat testmoni? Ada satu group khas, sana ada banyaaaakkk testimoni yang boleh anda PRINT SCREEN dan pamerkan di wall fb anda atau blog.
  6. Saya amat menggalakkan anda ada BLOG SENDIRI. Mempunyai blog umpama MEMPUNYAI SEBUAH KEDAI ONLINE TANPA SEMPADAN. TANPA HAD MASA DAN TANPA HARI CUTI. Di blog juga anda ada kategori produk yang memudahkan customer mencari produk apa yang mereka inginkan. 

* Tak perlu khatam semua perkara tentang Shaklee, kerana anda tak akan pernah habis berlajar tentang produk. Mulakan dengan pengetahuan yang ada dulu. Bila customer selalu bertanya, anda aka mula mencari jawapannya, dan di situ juga knowlede anda tentang produk akan berkembang.


*Tak perlu cuba semua produk, tunggu kesan baru nak mula. Cara ni lambat. Jika anda tak yakin, guna testimoni di group shaklee saya. Saya gunakan semua testimoni dari group ini dan cara di atas, dan alhamdulillah, income saya memang sangat selesa sekarang..


* Untuk berjaya anda perlu UPDATE BLOG DAN FB SETIAP HARI dengan produk Shaklee dan testimoni.. InsyaAllah perniagaan anda akan berkembang dari masa ke semasa. Dan., SETIAP HARI JUGA ANDA PERLU ADA FRIEND BARU DI FB, ATAU NEW LIKES BAGI YANG ADA FANPAGE. Sentiasa ingat, friend baru menandakan kita ada satu potensi customer baru


* Setiap hari juga perlu PERUNTUKKAN SEDIKIT MASA UNTUK MARKETING. CARA MARKETING ada saya masukkan di , pendek kata, semua dah tersedia.Tunggu anda je running bisnes anda dengan jayanya


* Dekati guru anda dengan berhemah. Saya menerima lebih 100 pm Fb sehari dan juga berpuluh sms sehari.. Jika saya lambat reply pertanyaan anda, tidak bermakna saya abaikan anda.


* Lebih cepat anda mulakan bisnes anda, lebih cepat income anda bertambah.. Saya dulu, bermodalkan RM231 je modal mula saya, kini Alhamdulillah.. modal pusingan saya lebih kurang 10K.


Doa saya semoga semua ahli di bawah saya mencapai income yang besar dalam masa akan datang. Jika saya boleh capai 5 angka dalam masa 6 bulan, anda juga mesti boleh.. Semua benda baru perlukan sedikit masa untuk anda belajar dan fahami. Once anda dah dapat rentaknya, percayalah semuanya akan jadi mudah.


jangan lupa meminta pada Allah selepas berusaha. Mohon pada Dia membukakan pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya, dan YAKIN DIALAH MAHA PEMBERI. Semoga Allah memudahkan urusan kita dan menambahkan rezeki yang banyak untuk kita semua.  Amin..



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.