Shaklee Natural Supplement

Tuesday, 29 April 2014

PERKARA YANG DILARANG DALAM BISNES SHAKLEE

Sila ambil perhatian atas segala yang ditekankan disini. Anda bertanggungjawab untuk memastikan semua downline anda ALERT dengan garis panduan ini. Bagi yang melanggar salah satu dari garis panduan yang disediakan, maka Shaklee (M) berhak memberi surat amaran atau menarik keahlian anda.



1. Penulisan blog adalah terbatas kepada beberapa perkara apabila ia melibatkan Shaklee di mana TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI PERKARA BERIKUT :



  • Mempamer no keahlian Shaklee anda. (TAPI SEKARANG DAH DIBENARKAN)
  • Tidak dibenarkan mempamerkan sebarang harga ahli di Fb atau blog. Hanya harga runcit sahaja dibenarkan
  • Tidak dibenarkan menjual trial pack.
  • Tiada urusan jual beli secara terang-terangan di blog. Blog lebih kepada sharing, instead of selling.
  • Testimoni adalah bersifat perkongsian semata-mata namun tidak boleh dijadikan pengakuan kenyataan bahawa produk Shaklee boleh merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila kaitkan dengan fakta sebagai contoh jika anda mempunyai testimoni yang mengatakan badan cergas selepas mengambil ostematrix maka perlu ditekankan bahawa " Kalsium diperlukan untuk pembinaan saraf , tulang dan gigi...maka pengambilan kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat serta saraf berfungsi dengan baik".


SILA JANGAN BUAT KENYATAAN VITAMIN SHAKLEE MERAWAT, MENYEMBUHKAN, MEMBANYAKKAN SUSU, ETC.


Jika anda tidak yakin dengan penulisan anda, sila buat kajian terlebih dahulu dengan menggunakan laman carian seperti Google etc.



  • Tidak dibenarkan mempamerkan tawaran atau FREE GIFT yang bersifat peribadi [ berkaitan produk Shaklee] di blog anda supaya tidak mengelirukan pihak awam.
  • Tidak dibenarkan membuat shopping cart dalam blog/ laman web anda.
  • Tidak dibenarkan menghantar email spam.
  • Tidak dibenarkan menggunakan perkataan SHAKLEE sebagai URL blog anda sebagai contoh www.anitashaklee.com dan nama FB/Fanpage juga tidak boleh ada perkataan shaklee
  • Tidak dibenarkan menjual produk Shaklee di ebay, atau mana2 web jualan.



Sila dapatkan amendment P&R terkini dari upline anda untuk lebih kepastian.


Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mendapat surat amaran atau keahlian anda ditarik sekiranya di dapati anda melanggar etika yang ditetapkan.

CARA MEMULAKAN BISNES SHAKLEE ANDA

Selamat datang kepada semua ahli yang baru mendaftar... dan yang akan mendaftar.. Kepada ahli lain yang sebelum ni hanya daftar ahli untuk guna sendiri sahaja, anda juga boleh cuba membuat part time income dari rumah dengan Shaklee. Berikut ialah idea asas bagaimana nak mula:

  1. Fikir sejenak siapakah target customer anda. Jika anda rasa anda suka menjual vitamin untuk kecantikkan dan slimming, fokus untuk belajar dan fahami produk tersebut sahaja. Jika anda sukakan produk penyusuan, fahami serba sedikit produk tersebut. Macam saya, target customer saya ialah penyusuan, kecantikkan dan slimming. So terserah pada anda apa yang anda suka..
  2. Antara cara belajar produk dengan cepat, BANYAKKAN MEMBACA. Membaca membuatkan anda lebih cepat pandai dari bertanya. Cara PERTAMA, BACA FILES DI GROUP (bagi mereka yang mendaftar di bawah saya sahaja akan dimasukkan ke dalam group ini), sana ada banyak info penting untuk produk. Tekan button Search di sebelah kanan atas blog, untuk search produk yang anda nak cari. KEDUA - BANYAKKAN MEMBACA BLOG2 OTAI SEBAGAI RUJUKAN, klik kategori produk yang anda nak lihat.KETIGA, GOOGLE APA YANG ANDA NAK TAHU, contohnya: 'produk shaklee untuk awet muda', jadi akan keluar produk yang terbaik. 
  3. Lebih baik jika anda dapat mencuba sendiri produk shaklee jika anda belum pernah cuba. Ambil vitamin asas seperti vita-lea atau cit-C pun dah memadai. Bila dah nampak kesannya, biasa dalam masa seminggu, anda dah boleh mula share dan menjual pada rakan-rakan FB.
  4. Seterusnya, bila dah tau target market, produk yang anda nak jual, ada testimoni sendiri atau orang lain.. hanya SHAREKAN DI WALL FB anda. Contohnya anda cuba ESP, anda boleh buat ayat.. Alhamdulillah, selepas mencuba ESP selama sebulan, kulit saya bertambah cantik, badan pun lebih bertenaga dan kurang selera makan kerana ESP membuatkan saya sentiasa kenyang". Letakkan gambar ESP besar-besar atau boleh juga letak gambar wanita yang berkulit cantik untuk menarik perhatian.
  5. Pastikan anda masukkan TESTIMONI untuk meyakinkan customer untuk membeli. Di mana nak dapat testmoni? Ada satu group khas, sana ada banyaaaakkk testimoni yang boleh anda PRINT SCREEN dan pamerkan di wall fb anda atau blog.
  6. Saya amat menggalakkan anda ada BLOG SENDIRI. Mempunyai blog umpama MEMPUNYAI SEBUAH KEDAI ONLINE TANPA SEMPADAN. TANPA HAD MASA DAN TANPA HARI CUTI. Di blog juga anda ada kategori produk yang memudahkan customer mencari produk apa yang mereka inginkan. 

* Tak perlu khatam semua perkara tentang Shaklee, kerana anda tak akan pernah habis berlajar tentang produk. Mulakan dengan pengetahuan yang ada dulu. Bila customer selalu bertanya, anda aka mula mencari jawapannya, dan di situ juga knowlede anda tentang produk akan berkembang.


*Tak perlu cuba semua produk, tunggu kesan baru nak mula. Cara ni lambat. Jika anda tak yakin, guna testimoni di group shaklee saya. Saya gunakan semua testimoni dari group ini dan cara di atas, dan alhamdulillah, income saya memang sangat selesa sekarang..


* Untuk berjaya anda perlu UPDATE BLOG DAN FB SETIAP HARI dengan produk Shaklee dan testimoni.. InsyaAllah perniagaan anda akan berkembang dari masa ke semasa. Dan., SETIAP HARI JUGA ANDA PERLU ADA FRIEND BARU DI FB, ATAU NEW LIKES BAGI YANG ADA FANPAGE. Sentiasa ingat, friend baru menandakan kita ada satu potensi customer baru


* Setiap hari juga perlu PERUNTUKKAN SEDIKIT MASA UNTUK MARKETING. CARA MARKETING ada saya masukkan di , pendek kata, semua dah tersedia.Tunggu anda je running bisnes anda dengan jayanya


* Dekati guru anda dengan berhemah. Saya menerima lebih 100 pm Fb sehari dan juga berpuluh sms sehari.. Jika saya lambat reply pertanyaan anda, tidak bermakna saya abaikan anda.


* Lebih cepat anda mulakan bisnes anda, lebih cepat income anda bertambah.. Saya dulu, bermodalkan RM231 je modal mula saya, kini Alhamdulillah.. modal pusingan saya lebih kurang 10K.


Doa saya semoga semua ahli di bawah saya mencapai income yang besar dalam masa akan datang. Jika saya boleh capai 5 angka dalam masa 6 bulan, anda juga mesti boleh.. Semua benda baru perlukan sedikit masa untuk anda belajar dan fahami. Once anda dah dapat rentaknya, percayalah semuanya akan jadi mudah.


jangan lupa meminta pada Allah selepas berusaha. Mohon pada Dia membukakan pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya, dan YAKIN DIALAH MAHA PEMBERI. Semoga Allah memudahkan urusan kita dan menambahkan rezeki yang banyak untuk kita semua.  Amin..



KETAHUI UV & CARA KIRAAN UV


Ketahui UV:


Bagaimana nak jana pendapatan dengan Shaklee?



Pertama sekali anda perlu tahu sistem UV. Dengan UV anda boleh target, berapa uv yang anda perlu buat untuk dapatkan jumlah ringgit tertentu. Contoh, sebagai permulaan, saya sangat menggalakkkan anda semua jana rm 500 setiap bulan. Untuk mendapatkan rm 500 sebulan, anda hanya perlu membuat belian sebanyak 1200 uv sahaja.



150uv = Bonus 5% , Belian sebanyak RM 450 (Bonus dpt RM 22.50)
300uv= Bonus 8% , Belian sebanyak RM 900 (Bonus dpt RM 72)
600 uv = Bonus 11%, Belian sebanyak RM 1800 (Bonus dpt RM 198)
1200 uv= Bonus 14%, Belian sebanyak RM 3600 (Bonus dpt RM 504)
2000uv =Bonus 17%, Belian sebanyak RM 6000 (Bonus dpt RM 1020)
3000uv = Bonus 21%, Belian sebanyak RM 9000 (Bonus dpt RM 1890)


Cara Kiraan:

150uv di darabkan dengan RM3 (Semenanjuang Malaysia) dan didarabkan dengan 5% iaitu bonus yang syarikat berikan, maka kita akan mendapat RM22.50
150 uv x rm 3 x 5% = rm22.50


So untuk mendapatkan RM500, kita perlu mempunyai 1200uv.

Cara pengiraan : 1200 uv didarabkan dengan RM3 dan darab 14%= RM504.
1200uv x rm3 x 14% = rm 504


* 1 UV semenanjung RM3. manakala 1 UV Sabah Sarawak ialah RM3.20.


Nampak macam sukar untuk menjual produk sebanyak rm 3600 dalam masa sebulan? Pada mulanya saya juga berfikir begitu. Tapi percayalah..ia tidak sesukar yg disangka. Jika saya boleh dapat rm 600 pada bulan kedua saya buat bisnes Shaklee ni, kenapa tidak anda? Dan saya juga mencapai bonus 21% pada bulan ketiga.


Pada saya, berhenti berfikir terlalu banyak. Hanya bertindak, berusaha dan bertawakkal. Hanya duplicate apa yang orang berjaya lakukan, insyaAllah anda juga akan dapat hasil yang sama.


Bertemu di puncak kejayaan.

DO and DON'T

Berkuatkuasa serta merta:

1) Semua pengedar DIGALAKKAN menjual dengan HARGA RUNCIT. Tidak dibenarkan menjual bawah dari harga ahli walaupun secara terang-terangan atau secara sembunyi (melalui pm).

2) TIDAK BOLEH MENJUAL TRIAL SET. Pada yang membuat trial set, sila hentikan jualan trial set anda serta merta.

3) Tidak boleh beri FREE GIFT pada customer. Jika nak beri juga, tak perlu mention dalam pm jawapan anda. Jadikan ia suprise. Customer hanya tau ada free gift bila dia terima barang sahaja. Free gift yang anda selitkan bukanlah produk Shaklee.

4) Tidak boleh beri FREE POSTAGE. Jika nak beri juga, hanya nyatakan ESP rm 150 termasuk postage. Tak boleh ada perkataan free di sini.

5) Selepas ini customer tidak boleh membeli di branch dengan menggunakan NO ID kita. Setiap ahli akan diminta tunjukkan IC bagi memastikan dia pengedar yang sah. Jika ada customer yang walk in dan ingin beli barang di branch, staff Shaklee akan pastikan dia daftar ahli dulu di bawah ID yang dia bawa, baru dapat nikmati harga ahli.

Sila patuhi semua peraturan di atas.


*********************************************************************************
Kegagalan mematuhi arahan, akan mengakibatkan:

1) KEAHLIAN ANDA DIGANTUNG SEUMUR HIDUP. Maknanya "bye bye Shaklee" bagi kesalahan menjual harga lebih rendah dari harga ahli dan menjual trial set

2) KEAHLIAN DIGANTUNG 1-3 BULAN bagi kesalahan memberi free postage dan free gift.

3) Jika anda didapati menjual di bawah harga runcit, keahlian juga akan digantung beberapa bulan (tidak dinyatakan berapa bulan jumlah sebenar)

*********************************************************************************

Saya harap anda semua dapat mematuhi peraturan baru ni. Lebih 50 pengedar telah digantung keahlian seumur hidup dalam bulan ini sahaja.

Agak mencabar nak menjual pada harga runcit memandangkan kita dah terbiasa jual pada harga ahli.Tetapi pada saya, peraturan ini amat bagus kerana:

1) Kita akan mula mendapat keuntungan runcit, di mana ada duit extra untuk kita buat pusing modal

2) Jika regular customer meminta harga ahli, kita dapat pujuk mereka masuk ahli di dalam kumpulan kita. Dengan ini, kita dah "lock" mereka supaya beli dengan kita je

3) Ahli baru yang tiada modal dapat bersaing dengan sihat, kerana tak ada lagi main harga atau perang free gift dari yang senior

Jadi pandang perubahan ini dari sudut yang positif. InsyaAllah organisasi kita akan lebih berkembang dengan bermulanya persaingan yang sihat selepas ini.

*** Sila pastikan semua downline anda tahu dan alert tentang hal ini. Jika ada yang complaint salah laku anda, dan menghantar bukti print screen, Shaklee akan menggantung keahlian. Tiada rayuan akan dilayan walaupun anda seorang Master.